About Me

My photo
phone: 016-4012646 fik2181@yahoo.com.my

Sunday, April 26, 2009

Ayam Percik Seri Menanti

BAHAN - BAHAN:
• 1/ 2 ekor ayam yang telah dibuang kulitnya
• Sedikit minyak masak
• Kertas aluminium

BAHAN-BAHAN UNTUK SOS (DIKISAR):
• 10 gram bawang merah
• 10 gram bawang putih
• 5 gram halia
• 10 gram lengkuas
• 2 batang serai
• 10 gram serbuk kari
• 10 gram santan
• 5 gram buah keras
• 10 gram cili kering
• 5 gram jintan manis
• 5 gram jintan putih
• 5 gram serbuk ketumbar
• 1 helai daun kunyit
• 5 gram asam jawa
• 3 helai daun kaduk (untuk hiasan)
• 5 gram gula
• Garam secukup rasa

CARA:
1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumiskan semua bahan untuk membuat sos sehingga sebati dan ketepikan.

2. Bentangkan isi ayam di atas kertas aluminium. Masukkan semua bahan yang telah dimasak tadi ke atas ayam yang telah dibentang (isi sahaja) dan kemudian gulung dengan kemas.

3. Masukkan ke dalam ketuhar selama 15 minit. Potong secara bulat dan hidangkan dengan lebihan sos yang telah dimasak tadi.

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright @ 2008 resepi masakan malaysia: Ayam Percik Seri Menanti | Original Template: Uno Design Studio | Modified By: iEn | Resolution: 1024x768 | Best View: Firefox | Top