About Me

My photo
phone: 016-4012646 fik2181@yahoo.com.my
Showing posts with label mee. Show all posts
Showing posts with label mee. Show all posts

Sunday, April 12, 2009

MEE BANDUNG MUAR (RESEPI ASLI MUAR)

Bahan-bahan:

1 kg mee kuning
10 tangkai cili kering (buang biji dan rebus, toskan)
1 labu bawang putih (diketuk)
5 biji bawang merah
½ cawan udang kering, direbus dengan secawan air (alternatively boleh guna sotong rendam, rebus juga, ini style Mee Bandung Tanjung Agas, Muar)
½ cawan udang hidup
1 cawan daging rebus (dipotong nipis)
Sawi (sukatan ikut suka, potong anggaran 1 inci)
Kobis (sukatan ikut suka, hiris kasar)
¾ - 1 cawan gula pasir
3 - 4 cawan air rebusan daging
1 sudu makan sos tiram
Telur ayam (mengikut jumlah hidangan)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Lain lain perencah e.g. daging ayam, fishballs, sotong, bunga kobis, hati rebus boleh dimasukkan mengikut individual preference.
Daun sadri & daun bawang, jika suka (dihiris)

NOTE:

Mee bandung asli tidak mengandungi apa apa yang rasa masam, so, janganlah masukkan tomato puri/tomato sos/cili sos/asam jawa. Ini akan merosakkan keaslian rasanya. Ramai orang yang pandai-pandai modify mee bandung Muar ni by adding sour ingredients. Itu yang spoil tu.

Cara memasak:

• Blend cili kering, udang kering & air rebusannya, gula, bawang putih & bawang merah.
• Pijarkan sedikit minyak didalam kuali
• Tumiskan bahan bahan yang dikisar. Jangan sampai garing
• Masukkan sos tiram
• Masukkan udang, daging rebus (dan bahan no. 15 jika ada).
• Masukkan batang sawi dan air rebusan daging dan garam. Biar sehingga pekat

Untuk menghidang (Mee bandung ni tak sedap masak in bulk, so kenalah "bancuh" sepinggan-sepinggan.)
• Ambil sedikit kuah (dan rencahnya untuk satu orang makan)
• Panaskan kuah dan masukkan sebiji telur, sehingga separuh keras.
• Masukkan sayur dan bila agak lembut, masukkan mee kuning untuk satu orang makan
• Masukkan kedalam mangkuk leper, telur letak diatas, taburkan daun sup & daun bawang, jika suka.
• Hidangkan.

Char Koay Teaw

Bahan-Bahan

1 kg Koay Teaw
500 g Taugeh
200 g Sayur Kucai
1 kg Udang Basah (Sederhana atau Besar)
Isi kerang (jika ada)
100 g Cili kering
4 - 5 biji Bawang Putih
6 - 7 biji Bawang Merah
4 senduk Kicap Sotong (kicap ini boleh didapati dalam botol -diperbuat dari exctract sotong & ikan bilis)
4 senduk sos ikan
1/2 botol Sos Tiram
1 botol Kicap Cair
Telur
Minyak Masak
Garam

Cara-cara Menyediakan cili

1. Rendam atau rebus cili kering

2. Kisar bersama bawang putih & bawang merah

3. Rebus sehingga mendidih dan sedikit pekat

Cara Menyediakan Sos Kicap

1. Didihkan 1.5 liter air di dalam periuk.

2. Masukkan garam dalam air tadi

3. Masukkan sos tiram, kacau

4. Masukkan sos ikan dan kicap sotong.

5. Masukkan kicap cair

6. Tambahkan sedikit bahan perasa (jika suka)

Sos kicap yang lebih boleh di simpan dalam fridge untuk kegunaan beberapa kali gorengan lagi. Kalau nak gunakan untuk goreng mee goreng basah pun sedap jugak.

Penyedian Bahan-Bahan Char Koay Teaw

1. Kaoy Teaw dileraikan suapaya tidak melekat sesama sendiri. Jika perlu, gaulkan sedikit minyak masak kepada kaoy teaw tersebut. Biarkan di dalam bekas.

2. Udang, dibuang sesungutnya dan dipotong ekornya sedikit. Basuh dan masukkan ke dalam bekas.

3. Basuh telur, dan taugeh.

4. Kucai di basuh dan di potong lebih kurang 1 inci panjangnya.

5. Jika ada kerang buang kulit dan dibersihkan.

Cara Menggoreng

1. Panaskan 3 - 4 sudu minyak masak dengan api yang besar.

2. Masukkan 4 - 5 ekor udang (ikut sukalah kalau nak lebih tu) dan goreng sehingga udang masak. Kecilkan api.

3. Kaut minyak yang berlebihan dari dalam kuali. hanya biarkan lebih kurang 1 sudu sahaja bersama udang yang digoreng tadi.

4. Masukkan 2 sudu cili (jika suka pedas lebihkan cili)

5. Masukkan sedikit kuah kicap yang telah dicampur tadi. Goreng sehingga cili agak masak.

6. Masukkan kerang jika ada.

7. Masukkan taugeh, sayur kucai.

8. Masukkan 3 senduk sos kicap, besarkan api. Kacau, dan masukkan koay teaw.

7. Akhir sekali pecahkan telur ke dalam kuali, kacau dan tutup api.

9. Kaut ke dalam pinggan.

MIHUN SOTO

BAHAN-BAHAN:

* 1 ekor ayam (jangan dipotong)
* 1 bungkus mihun (dicelur)
* 20 ketul begedil
* 3 tangkai daun bawang } dihiris
* 3 tangkai daun sup }
* 200 gm taugeh
* garam dan air secukupnya

BAHAN-BAHAN (A)
YANG PERLU DIKISAR:

* 1 sudu besar ketumbar
* 1 sudu kecil jintan halus
* 1 sudu kecil jintan kasar
* 1 sudu kecil lada putih
* 2 batang serai
* 15 ulas bawang merah
* 5 ulas bawang putih
* 5 biji buah keras
* sedikit lengkuas, halia dan kunyit hidup

BAHAN SOS KICAP:

* 12 - 15 biji cili padi
* 1/2 cawan kicap manis
* 1 sudu kecil gula pasir
* 1 ulas bawang putih
* Celurkan cili padi dengan kuah soto dan kisar dengan bawang putih.
* Campurkan kicap dan gula

CARA MEMBUATNYA:

* Masukkan bahan(A) dalm periuk yang berisi air secukupnya.
* Masak hinggan mendidih
* Masukkan ayam dan rebus hingga empuk.
* Angkat dan toskan
* Siat siatkan daging ayam
* Tulang tulang ayam dimasukkan ke dalam periuk rebusan
* Masukkan garam secukup rasa dan biarkan mereneh (mendidih di atas dapur perlahan-lahan)
* Bila menghidang, masukkan sedikit mihun ke dalam mangkuk
* Bubuhkan isi ayam, bergedil , daun bawang, daun sup, taugeh dan bawang goreng.
* Tuangkan kuah soto secukupnya dan bubuhkan sos kicap

Mi Bandung

bahan - bahan

* 500 gm mi kuning (dicelur)
* 300 gm daging
dipotong


* 300 gm daging ayam
* 200 gm tauge
* 2 sudu besar cili kisar
* 3 ulas bawang putih[IMG]file:///C:/DOCUME%7E1/shiroo/LOCALS%7E1/Temp/msohtml1/01/clip_image003.gif[/IMG]
* 5 ulas bawang merah
* 1 mangkuk stok ayam
* 4 sudu besar sos tomato
* 4 sudu besar kacang tanah (ditumbuk halus)
* 2 sudu besar sos cili
* 1 sudu besar sos tiram
* 1 buji limau kasturi
* 1 biji telur
* sedikit sawi, cili merah, daun sup dan daun bawang ( dihiris)
* garam dan minyak masak

cara membuatnya

1. panaskan minyak masak dalam periuk. tumiskan bawang putih, bawang merah dan cili kisar hingga garing.
2. masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan garam. biarkan merenih perlahan - lahan
3. seterusnya masukkan kacang tanah, udang, ayam, sawi, telur dan masak selama 2 minit

Thursday, April 9, 2009

Kantonis Yee Mee

BAHAN-BAHAN:
1 bungkus yee mee
Sotong
Udang
Daging
Ayam
Lobak merah
Jagung muda
Sawi
Bunga kubis
Kubis bulat tepung jagung
1 biji telur
Garam secukup rasa

CARA MENYEDIAKAN:
1.Panaskan air, kemudian masukkan sotong, udang, daging, ayam dan sayur
ke dalam air yang didihkan tadi.
2.Setelah mendidih, masukkan sedikit tepung jagung, garam secukup rasa dan telur.
3.Masukkan semua sayur yang telah dipotong kecil. Kacau rata.
4.Kemudian curahkan kuah yang telah masak ke atas yee mee, biarkan ramuan ini sebati.
5.Hiaskan mengikut cita rasa.

Friday, April 3, 2009

Pizza Maggi

ahan-Bahan:
1 Bungkus maggi
2 biji telur gred A
Sosej (ikut suka)
Carrot (dimayang halus)
Cendawan butang (hiris nipis)
Daun sup (dimayang halus)
Bawang besar (dihiris nipis)
Cara:
Celur maggi, ketepikan. Pukul telur
sehingga agak kembang.

Masukkan perencah maggi, sosej yang dipotong kecil-kecil, carot, daun sup, cendawan butang dan bawang besar serta mee maggiyang telah dicelur tadi. Gaul hingga sebati.

Goreng didalam kuali dengan menggunakan sedikit minyak (seperti menggoreng telur dadar) sehigga masak. Gunakan kuali yang bertangkai.
Cadangan Hidangan:
Makan semasa panas dan boleh dicicah
dengan sos dan mayonis.
 
Copyright @ 2008 resepi masakan malaysia: mee | Original Template: Uno Design Studio | Modified By: iEn | Resolution: 1024x768 | Best View: Firefox | Top