BAHAN-BAHAN:
6 ekor udang harimau (belah tengah)
3 labu bawang besar (hiris halus)
5 ulas bawang putih (cincang halus)
150 gm bawang merah (cincang halus)
10 tangkai cili merah (cincang kasar)
100 gm daun sup (hiris kasar)
100 gm sos tomato
2 biji telur (pukul)
CARA MENYEDIAKAN:
1. Bersihkan udang dan taburkan sedikit garam.
2. Kemudian celupkan dengan telur.
3. Goreng udang sehingga masak. Letakkan di atas pinggan.
4. Kemudian tumiskan bawang merah dan bawang putih.
5. Masukkan cili merah dan sos tomato.
6. Tumis sehingga sebati dan masukkan daun sup.
7. Setelah cukup masak, tuangkan ke atas udang tersebut.
About Me
Thursday, April 9, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment