About Me

My photo
phone: 016-4012646 fik2181@yahoo.com.my

Wednesday, April 15, 2009

Ayam Bernanas

Bahan-Bahan:
Seekor ayam (anggaran 1 kg lebih)- diperap dengan serbuk kunyit dan sedikit garam
sebiji nanas (potong kecil-kecil)- pastikan nanas telah dicelur dan ditos betul-betul

bahan-bahan dikisar bersama:
30 tangkai cili kering
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
sedikit halia
2 biji tomato
3 serai (diketuk)
bunga kantan (hiris halus)
3 sudu besar cili sos
sesudu besar tomato sos
gula
garam

Cara:
Goreng ayam yang telah diperap hingga garing.bila dah garing,angkat dan toskan minyak.tumis bahan-bahan kisar sehingga pecah minyak dan naik bau.apabila dah pecah minyak,masukkan kedua-dua sos dan kacau hingga sebati. kemudian masukkan serai dan bunga kantan.tunggu 2-3 minit,pastu baru masukkan sedikit gula dan garam (ikut suka kalau nak pedas atau manis.agak-agak dah cukup rasa masukkan ayam, kacau-kacaukan dan balik-balikkan ayam. seterusnya masukkan nenas dan kacau 3-4 minit.kacau jangan terlalu lama sebab nanas pun dah masak(Bila nampak dah sebati tutup api)pastikan tak terlalu basah(nanti nampak benyek) atau terlalu kering. Jangan sampai hangit dahla...

Cadangan Hidangan:
1. boleh dimakan dengan roti
2. boleh dijadikan lauk pengantin
3. makan dengan nasi putih atau nasi minyak

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright @ 2008 resepi masakan malaysia: Ayam Bernanas | Original Template: Uno Design Studio | Modified By: iEn | Resolution: 1024x768 | Best View: Firefox | Top