About Me

My photo
phone: 016-4012646 fik2181@yahoo.com.my

Sunday, April 12, 2009

AYAM MASAK PEDAS

BAHAN-BAHAN

1 ekor ayam
10 ulas bawang merah, dihiris dan digoreng garing
50 ml minyak kacang
5 keping asam gelugur
100 g bendi, digoreng
2 biji bawang besar, dipotong bulat-bulat
600 ml air sejuk
garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN(a)
(Digiling halus)
15 batang lada merah
2 ulas bawang putih
1 cm halia
3 cm belacan
1 batang serai, dihiris halus

CARA-CARA

1. Ayam dipotong seperti biasa dan dicuci dan ditoskan.
2. Panaskan minyak, tumis bawang yang dipotong bulat hingga ia layu. Campurkan bahan-bahan (a) dan goreng hingga berbau wangi. Tambahkan air dan asam gelugur. Kacau rata-rata dan biarkan ia mendidih. Rasalah garamnya
3. Masukkan pula ayam dan masaklah hingga ia empuk. Masukkan bendi yang telah digoreng tadi. Semasa menghidangnya taburkan dengan bawang goreng.

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright @ 2008 resepi masakan malaysia: AYAM MASAK PEDAS | Original Template: Uno Design Studio | Modified By: iEn | Resolution: 1024x768 | Best View: Firefox | Top