About Me

My photo
phone: 016-4012646 fik2181@yahoo.com.my

Sunday, April 12, 2009

APAM PISANG KUKUS

Bahan-bahannya
2 cawan tepung gandum
8 biji pisang emas (sederhana besar)
3/4 cawan mentega, dicairkan dan disejukkan (boleh digantikan dengan minyak)
4 biji telur
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh baking soda
1 cawan brown sugar
secubit garam

Cara-caranya
Tepung gandum diayak dengan baking powder. Pisang dilecek halus dan digaul dengan baking soda dan garam. Pukul telur bersama gula, masukkan mentega cair/ minyak. Kemudian masukkan pisang. Masukkan tepung gaul rata dan kemudian tuangkan kedalam loyang yang telah disapu dengan mentega. Kukus selama 45 minit.

Nota: Kukusan hendaklah dipanaskan terlebih dahulu dan juga dibalut dengan kain tutup kukusan supaya wap tidak jatuh kedalam kuih.
sengal913 is offline Report Post Reply With Quote

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright @ 2008 resepi masakan malaysia: APAM PISANG KUKUS | Original Template: Uno Design Studio | Modified By: iEn | Resolution: 1024x768 | Best View: Firefox | Top