About Me

My photo
phone: 016-4012646 fik2181@yahoo.com.my

Wednesday, April 15, 2009

Biskut Jurai Coklat

Bahan-bahan A:

1 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung kastard
1 camca teh serbuk penaik

Bahan-bahan B:

1 cawan bijirin seisi keluarga Nestum
180 gm mentega atau majerin
1/3 cawan padat gula perang
1 biji telur
1 camca teh esen vanila
1/2 cawan bertih coklat
Coklat masakan cair

Cara membuatnya:

1.Ayak bersama bahan-bahan A,masukan Nestum.
2.Pukul mentega dengan gula hingga ringan atau kembang.
3.Masukan telur dan esen vanila.
4.Kaup balikan bahan-bahan kering dan bertih coklat,gaul sebati.
5.Bentuk doh menjadi bebola kecil.
6.Letak bebola doh di atas tin pembakar yang telah di langser.Jarakkan 4 cm di antara satu sama lain.
7.Gunakan hujung garpu dan tekan bebola doh menjadi 5 cm tebal.
8.Bakar di dalam ketuhar bersuhu 180 darjah celcius,10 minit atau hingga kekuningan,sejukkan.
9.Hias biskut dengan coklat masakan cair.
10.Simpan di dalam bekas kedap udara di dalam peti sejuk setiap masa.

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright @ 2008 resepi masakan malaysia: Biskut Jurai Coklat | Original Template: Uno Design Studio | Modified By: iEn | Resolution: 1024x768 | Best View: Firefox | Top