About Me

My photo
phone: 016-4012646 fik2181@yahoo.com.my

Wednesday, April 15, 2009

Kek Pisang Berkopi

Bahan-bahan A:

11/2 cawan tepung gandum
2 camca teh serbuk penaik

Bahan-bahan B:

2/3 cawan bijirin seisi keluarga Nestum
2/3 cawan cincangan walnat
4 camca teh Nescafe
1 camca teh air panas
150 gm mentega atau majerin
1 cawan padat gula perang
2 biji telur
3 biji pisang di lecek

Cara membuatnya:

1.Ayak bahan-bahan A,gaul bersama Nestum dan cincangan walnat.
2.Larutkan Nescafe di dalam air panas dan sejukkan.
3.Putar mentega dan gula hingga ringan dan kembang.
4.Masukan telur sebiji demi sebiji dan pukul sebati setiap kali di masukan.
5.Masukan pisang lecek dan campurkan kopi segera,kacau rata.
6.Kaup balikkan campuran tepung,kacau rata.
7.Masukan adunan kedalam acuan roti berlengser 25cm X 11cm.
8.Bakar di dalam ketuhar bersuhu 180 darjah celcius,selam 35 minit atau sehingga masak.

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright @ 2008 resepi masakan malaysia: Kek Pisang Berkopi | Original Template: Uno Design Studio | Modified By: iEn | Resolution: 1024x768 | Best View: Firefox | Top